Permohonan Kemasukan Online Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2014 Tingkatan 1 Dan 4

Permohonan SBP 2014

Dipetik dari portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan secara online Kemasukan Murid ke Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP), KPM bagi tahun 2014 akan dibuka pada 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013. 

Cara buat permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 1 & 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
Sila layari laman web http://public.moe.gov.my/ atau KPM di Portal Rasmi KPM untuk sebarang keterangan lanjut.

Senarai Sekolah Berasrama Penuh Di Malaysia
Anda boleh semak di SINI 

SYARAT KEMASUKAN KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH
PANDUAN PERMOHONAN KEMASUKAN MURID KE SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA (KPM)

Tawaran ini sah sekiranya anda memenuhi syarat syarat seperti berikut:
- Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
- Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
- Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
- Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan

PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1)
Syarat Pemilihan:
- Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
- Murid sekolah kebangsaan sahaja
- Mencapai 5A atau 4A, 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A
- Aktif dalam kokurikulum

PROSEDUR PERMOHONAN MURID TINGKATAN SATU (1)
- Murid membuat permohonan menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
- Murid mencetak dua (2) salinan permohonan dan disahkan oleh Guru Besar sekolah masing masing
- Salinan pertama permohonan diserahkan kepada Guru Besar
- Salinan kedua permohonan dihantar kepada pengetua SBP mengikut pilihan murid

PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN EMPAT (4)
Syarat Pemilihan:
- Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warga negara Malaysia)
- Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan
- Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
Sekurang-kurangnya gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/Bahasa Antarabangsa.
- Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
- Mendapat sekurang kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain
- Aktif dalam kokurikulum

PROSEDUR PERMOHONAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)
- Murid membuat permohonan menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Empat (4) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
- Murid mencetak satu (1) salinan permohonan
- Murid menyerahkan salinan permohonan kepada Pengetua sekolah asal masing masing

**Tarikh Permohonan untuk Tingkatan Satu (1) dan Tingkatan Empat (4) bermula dari 1 September hingga 15 Oktober 2013

ALAMAT PERHUBUNGAN
Bahagian Pengurusan
Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 3, Blok 2251
Jalan Usahawan 1
63000 Cyberjaya
Selangor
Tel: 03-8321 7400
Fax: 03-8321 7403
http://www.moe.gov.my


SUMBER

0 Response to "Permohonan Kemasukan Online Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2014 Tingkatan 1 Dan 4"

Post a Comment